Tuesday, May 24, 2005

Mencintai dan Dicintai...



Awak mengetahui yang awak merindui
seseorang
apabila jantung awak
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun
sekadar hai?
daripada dia pun sudah mencukupi sebagai
penenang. Awak mungkin
menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu
menerimanya sebagai
kenyataan.

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.
Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.
Jangan jadi
terlalu sweet? saya mungkin jatuh hati kepada
awak. Seseorang yang
membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya
menyayangi awak lebih
daripada awak menyayangi dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup awak dan
menjadi sebahagian
daripada hidup awak, tetapi atas sebab-sebab
tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu
dan sekurang-
kurannya dia pernah membahagiakan awak. Masa
akan menentukan segala-
galanya. Jika dia ditakdirkan bersama awak, dia
akan kembali.
Kembali pada awak.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila
risiko yang tidak
kita ambil. Jika awak merasakan sesuatu itu tidak
akan membuatkan
awak bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa
kita akan melalui
semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang
kedua. Bererti masa
tidak menunggu kita. Jika awak merasakan awak
telah bertemu dengan
orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan
biarkan ia berlalu
begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut
kelak jika dibiarkan
berlalu maka awak akan menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang
yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk
mendapatkannya
atau mempertahankan. Kita selalunya tidak
menghargai seseorang yang
hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi
meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja
yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian awak.
Dari kalangan yang
awak pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang
yang sanggup
menyinari awak walau di mana anda berada. Ini
bermakna orang yang
bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang
yang benar-benar
awak sayangi dan pada masa yang lain ada orang
yang tahu dia tidak
bersama awak ketika ini tetapi masih menyayangi
kamu sepenuh
hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun
akhirnya awak
akan kecewa daripada tidak mahu mencintai
kerana takut risiko atau
cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa
apabila terdapat
saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk
awak mencubanya,
awak mungkin akan kehilangan orang yang awak
sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati awak kepada
orang yang awak
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan
mereka buat
keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara
yang paling indah
dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang
anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka kepada awak.
Awak akan rasa lebih
yakin dan puas. Malah, awak juga kan rasa bangga
terhadap diri awak
kerana telah menunaikan tanggungjawab awak
terhadap perasaan dan
hati awak. Jangan sesekali mengkhianati hati awak
kerana akibatnya
hanya awak yang sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup
ialah mencari
orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri awak, tetapi
dia masih sanggup menyayangi awak dengan
sepenuh hatinya. Cinta itu
adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan.
Jika dia tahu
kelemahan dan kekurangan awak dan masih
sanggup bersama awak dan
lebih menyayangi awak, maka awak adalah orang
yang paling bertuah
kerana ada seseorang yang mencintai awak
seadanya awak. Mencintai
dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk
terus
mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti
dengan perasaan
keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai
seada mereka
walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa
berubah.

<bgsound src="http://us.share.geocities.com/pikiez/Daughters.mp3" loop="infinite">