Monday, March 14, 2005

Biarkan..

Taktala kau bersedih...janganlah kau biarkan kesedihan kau disimpan.Kelak kesedihan itu akhirnya membunuh diri kau jua.Hiburkan lah kesedihan kau dengan airmata..kerana airmata adalah penawar kesedihan kita.Moga airmata menjadi teman kala kesedihan kita.....



"Menangislah bila harus menangis
Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka
Manusia pasti menangis
Dan manusia pun bisa mengambil hikmah"

Semoga dikau berbahagia

Alhamdulilah...seorang kawan aku dah selamat mendirikan masjid dengan wanita pilihan hatinya...semoga bahagia sehingga keanak cucu...dah tambah satu tanggungjawab kita.Tanggung jawab sebagai seorang suami.Insyaallah kalau kita sayang perhubungan kita, kuatlah tanggungjawab kita pada rumahtangga kita.Kalau nak difikirkan balik, nak kawin nih bukannya senangkan?persiapan dari segi wang ringgit mahupun diri kita nih kena la cukup.Bila dah kawin, lain la pulak citernya...nak kena sediakan duit perbelanjaan rumah,bayar duit rumah,duit bil api air + duit ntah apeĀ² ntah lagik kan. Belum lagi kalau ditambah ade kehadiran orang ketiga dalam keluarga...banyak lagi laa masalah kita nih yek?Tapi janganlah bimbang kawan...kalau ko percayakan rezeki anak...hidup kau akan rase biasa sahaja...yg penting kita kena percaya kan?errmmmm aku bila lagik???

-perkahwinan pengikat kasih sayang-

Sunday, March 13, 2005

Kalau tepuk biarlah kedua-dua tangan....

Aku nih mudah terasa ke? Entahlah...aku pon tak pasti..tapi tuhan dah jadikan mata untuk melihat, akal untuk berfikir..jadi aku kenalah bijak untuk menggunakannya.. dan aku rasa aku tak menyalahkan apa yang aku rasa. Nak kata aku tak cuba..aku dah puas mencuba untuk 'memulihkan' sesuatu yg telah lama berlumpur.Nak kata aku nih penting diri sendiri pun rasanya tak sebab aku dah puas mencuba..Apa lagi yg 'mereka' nak dari aku? Buruk sangatkah layanan aku pada 'mereka-mereka' nih? Tak cukup ke apa yang dah aku cuba curahkan? atau jauh sangat ker darjat 'mereka-mereka' nih dengan aku?

Pandangan buruk seseoarang tu kepada aku memang memberi kesan yang membolehkan diri aku nih hampir tidak stabil dan tidak sebaik dulu.Teruk sangat aku nih sampai dipandang tak baik.Aku kadang-kadang naik pening memikirkan dengan orang yang bermuka-muka nih.Kalau dilayan makin menjadi.Biarlah aku perbaiki kelemahan aku dari aku mencari kelemahan oramg lain.Tapi sebagai manusia,kenkadang tuh terlepas jugak kelakuan tuh..mcm aku jugaklah...dan aku harap aku cepat2 tersedar.Tapi persoalannya, takkan lah nak biarkan aku seorang jer yang nak membersihkan 'lumpur' tuh?Aku bukanlah ego tapi...aku malu kalau-kalau 'mereka' campak lumpur kat aku...

Tuesday, March 08, 2005

what a wonderful life..

Hari ini mungkin ade sedikit sinar untukku.Tapi esok aku tak pasti,entah cerah entah malap.Aku sendiri ragu-ragu.Takut2 jadi seperti hari tuh lagi.Aku pastikan 'perubahan' aku tak lah terlalu besar dan tak terlalu drastik.Hope...mereka akan mengerti niatku..dan aku sebenar tak mahu jadi org lain semata-mata untuk memberi satu 'perubahan' kepada org lain.Biar lah aku menjadi diri aku..dan mereka mengerti siapa aku.Belenggu ketakutan dan keresahan masih ada lagi dijiwa aku...kalau2 gerak langkah aku memberi satu lagi laluan yg agak membosankan pada mereka.Aku cuba...utk memberikan terbaik pada mereka..tapi aku nie insan yg lemah..punya kelemahan...dan pastinya aku tak dapat lari dari kenyataan hidup.

Hari2 yang mendatang ini memberi aku sekali lagi peluang untuk aku buktikan kepada mereka...aku harap sgt..agar mereka dpt membuka mata hati mereka..dan biarkan peluang utk aku terus meresap ke jiwa mereka..Kembalikan masa2 indah utk ku tuhan!Aku mengerti yg Engkau hanya membiarkan aku sejenak agar aku lebih berfikir tentang kehidupan ini bukanlah indah yg seperti kite sangkakan...fikirkan lah ....

Wednesday, March 02, 2005

another sorrowday...

ermmm....hari-hari yg dah berlalu byk memberi kesan dan perubahan pada aku. Aku sekarang lebih sensitif dengan keadaan pesekitaran.Dan...aku rasa sekarang nih...aku tak diperlukan buat sementara waktu...biarlah..kesepian mungkin datang menghampiri utk menemani aku.Mungkin dah terlalu lama aku tinggalkan dia....dan kini dia kembali untuk membalut masalah-masalah yang entah aku sendiri pun aku tak pasti.Atau mungkin aku cuba hadirkan benda yg tak sepatut ada didalam diri aku.Aku takut pada perubahan, tapi sebagai manusia aku tak dapat elakkan diri aku dari setiap perubahan...dan sekarang aku rasa aku byk berubah dan dibayangi ketakutan oleh kerana perubahan "besar" aku..mungkin..

Aku memang bodoh....percaya tak..?

Aku memang bodoh kalau aku ikut cara orang,
Aku memang bodoh kalau aku cuba menganjingkan diri aku untuk orang lain,
Aku memang bodoh kalau aku cuba berlagak mengambil hati orang tanpa memikirkan hati aku sendiri,
Aku memang bodoh kalau aku berkata-kata tanpa memikirkan akibatnya,

Aku memang bodoh kiranya aku tak tahu yang mereka sebenarnya tak pedulikan aku,
Aku memang bodoh kiranya aku sendiri buta tanpa tahu menilai sesuatu,
Aku memang bodoh kiranya aku berdiam diri tanpa sebab,
Aku memang bodoh kiranya aku buat-buat bodoh,

Aku memang bodoh bila aku tahu aku ni berpura-pura,
Aku memang bodoh bila aku tahu aku ni tak punya apa-apa,
Aku memang bodoh bila aku tahu aku ni sekadar dipergunakan,
Dan yang aku tahu rupa-rupanya aku nih memanglah bodoh.....

<bgsound src="http://us.share.geocities.com/pikiez/Daughters.mp3" loop="infinite">